salam,
catatan kali ni aku tidak mahu rojak2..maksud aku kejap bahasa melayu lepas tu english..lepas tu melayu balik..oleh itu aku pilih guna bahasa melayu. ..agak skema kan..hehehe.
mula2 semenjak aku masuk blog (english ke melayu ni)..aku agak kurang jelas dengan apa yang aku perlu tulis dekat sini..sudah agak banyak blog orang lain yang aku baca..macam2 intipati ada..hal kehidupan harian,politik,perniagaan,sukan dsb.
aku dapat lihat sesetengah blog tu ada identiti tersendiri..mudah utk aku dapatkan maklumat..dengan layari blog itu..aku dah tahu apa isi dan pandangan 'tuan rumah' tersebut.
aku agak tertarik kepada blog yang berunsur ilmiah dan fikiran2 baru..walaupun sebenarnya aku dah lama tak belek buku2 dan majalah2..aku rasa masa yang sedikit ni aku bole luangkan untuk baca artikel2 ilmu ni..mana tahu satu masa nanti aku boleh ulas balik catatan ilmuwan ni kat blog aku sendiri..
buat masa ini aku lebihkan catatan kepada kehidupan harian aku yang agak membosankan..kepada kerja aku hari2..aktiviti hari minggu..sampaikan aku tak tahu nak tulis apa kat sini..kalau kepada perkara kerja pun semata2 atas emosi aku yang agak tertekan dan malas..utk tulis tentang kerja aku, rasa tidak perlu..rahsia syarikat yang mesti aku jaga..
insyaallah utk catatan akan datang aku akan utarakan isi2 catatan yang agak bernas dan bole jadi bahan ulasan atau komen dari pembaca blog yang sudi singgah kat sini..sesekali bertukar pendapat boleh meningkatkan kematangan diri kita..ada masa kita perlu juga berfikiran serius tentang isu-isu semasa ni..orang kata buka minda jangan macam katak bawah tempurung..tapi untuk mengulas untuk isu2 politik, aku agak kurang berminat untuk mencampur aduk kan halaman aku dengan kisah politik yang merapu ni..ingat dunia hanya sementara..kuasa dan wang takkan kemana2 pun..
p/s aku sentiasa menjadi pembangkang..kepada mana2 pihak yang aku rasakan tidak betul..
amin..
ReplyDeleteaku percaya sangat kau boleh. dengan pengalaman dalam perdebatan disekolah dan ilmu yang ada serta sedikit rendah diri, isyallah blog kau memang disegani. buat dua artikel, sesekali BI sesekali BM.aku belum mampu buat BI lagi, BA pun sama..
sesekali ketawa, sesekali peka. baru syok kehidupan.